Wednesday, September 12, 2007

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan

SubhanAllah.. Alhamdulillah... AllahuAkbar

Setahun aku menunggu dalam kerinduan
Pemergianmu dulu cukup memeritkan
Buat insan yang berdosa dan mengharapkan keampunan
Kehadiranmu amat2 diperlukan

Kembalilah kepadaku... wahai Ramadhan...

Kini seakan2 tercium haruman syurga
Terngiang2 di telinga nyanyian bidadari
Terdengar helaan nafas lega penghuni neraka
Sunyi sepi perkampungan kubur... dari siksaan...

Saat Allah menghias syurga
Semua pintu neraka ditutup rapat
Siksaan kubur dihentikan seketika
Itulah tandanya Ramadhan telah tiba...

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah
Kerana aku masih diberi peluang ini
Sekali lagi menyambut kedatangan Ramadhan
Mudah2an ini bukan yang terakhir

Ramadhan...

Datangmu membawa keberkatan
Siang dan malammu penuh rahmat
Aku mencari dan mencari lagi
Malam yang satu nan istimewa
Dianugerahkan kepada umat Muhammad
Beruntunglah sesiapa sahaja yang memperolehinya

LailatulQadar ...

Kemunculanmu cuma seketika
Di bulan Ramadhan yang penuh berkat
Kelebihanmu melebihi seribu bulan
Semoga aku antara yang beroleh keuntungan

Inilah anugerahMu Ya Allah
Inilah hadiahMu Ya Allah
Inilah tanda kasih dan sayangMu Ya Allah
Inilah bukti cintaMu Ya Allah

Mana mungkin kupersiakannya
Bukan semua yang memperolehinya
Betapa ramai yang tidak sempat bertemu dengannya
Kerana terlebih dulu pulang menemuiNya

Ya Allah...

Aku bermohon kepadamu Ya Allah
Kurniakan aku kekuatan
Suatu kekuatan yang melebihi nafsu amarah
Agar ia bisa kutundukkan

Ya Allah...

Aku bermohon kepadamu Ya Allah
Agar digolongkan sebagai Solihin
Supaya dijadikan dari kalangan Tawwabin
Mudah2an syuga tempat aku kembali

4 perkara dalam banyak perkara
2 yang mesti diminta
2 yang mesti diperbanyakkan
Pertama mintalah dianugerahkan syurga
Kedua mintalah dijauhkan dari neraka
Ketiga perbanyakkanlah Istighfar
Keempat perbanyakkanlah Lailahaillallah

Mudah2an Ya Allah...
Mudah2an Ya Allah...
Mudah2an Ya Allah...
Aku memperolehi keredhaan dan cintaMu

Selamat datang rinduku
wahai Ramadhan...

0 comments: