Selamat Menyambut 2008 :) Tiap2 tahun ada tahun baru. Tiap2 tahun ada azam baru. Bagi aku, tak dak apa2 yang spesel. Cuma perubahan cara kita menulis tarikh. Tak lebih daripada itu. Kenapa tak sambut bulan baru? Selamat menyambut Januari, selamat menyambut Februari bla bla bla... Ntah... bagi aku, manusia terutamanya orang kita nih suka sgt dengan sambutan. Semua benda nak disambutnya. Sukati la... janji tak nyusahkan orang dan tak menyalahi undang2 agama mahupun negara :)
Cuma... sekadar renungan... kita seharusnya sentiasa memperbaiki diri. Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik daripada hari ini. Tak perlu tunggu bulan puasa, tak perlu tunggu pegi Mekah, tak perlu tunggu tahun baru atau Awal Muharram, tak perlu tunggu apa2.
Kenapa?
Mati tak memberi peluang kepada kita. Bila2 masa kita bole mati. Bila2 masa Malaikatul Maut boleh datang dan menjemput kita pulang. Apabila telah tiba masanya, tak akan dipercepatkan mahupun dilewatkan walau satu saat. Apatah lagi nak minta tangguh sampai masuk tahun baru supaya kita berazam utk menjadi hambaNya yang soleh.
Namun ini tak bermakna kita tidak boleh dan tidak perlu berazam. Setiap tahun kita akan menyambut Awal Muharram. Mudah2an kita akan bertemu dengan Awal Muharram pada 10 Januari nanti, InsyaAllah
Justeru, kalau pada jam 1200 tgh mlm 1 Jan. 2008 ramai daripada kita tidak mahu melepaskan peluang bahkan telah book kalendar dan buat planning awal2 utk turut serta dalam sambutan tahun baru yang penuh gilang-gemilang itu, berapa ramai pula yang bersedia utk membaca doa akhir tahun dan awal tahun utk 1429Hijriah?
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada ptg dan mlm 9 Jan 2008. Tandakan siap2 dalam kalendar. Ini cara kita, cara orang Islam. Menyambut tahun baru dengan doa, azam dan harapan mudah2an kita terpelihara dari azab neraka dan dianugerahkan syurga serta diredhaiNya
Demi cinta Allah... Mudah2an kita bertemu di Jannah
Selamat Menyambut 1429Hijriah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment