Wednesday, June 22, 2011

Permainan baru :-D


Demam iPad pulak... Dulu gila Netbook. Bersempena dengan Sang Puteri Manja dah mencecah 2 tahun dan dah pandai main touch screen kat Android phone Abuya & Umi, maka Abuya pon buat keputusan utk "melastik 2 ekor burung dgn sebijik batu" :-D

Kalau dibagi main Android phone utk tgk video pendidikan budak2, silap2 tekan dia ter'call' atau ter'sms' org. Penyudahnya, Abuya beli seketoi tablet yg sesuai utk kegunaan reja & membolehkan Puteri Manja main sambil belajar tanpa risau kalau2 dia 'call' atau 'sms' org.

Inilah bendanya, Flytouch 3 dengan Android 2.2. Beli kat Lelong.com.my. Spec dia baguih jugak untuk sebijik Android tablet China. Mmg la takleh lawan iPad yg mahai tu. Tgk rega la. Tapi dengan RM600 termasuk keyboard, benda alah ni dah cukup baguih untuk kegunaan biasa di internet. Tapi, ada trick dia.... Benda alah ni mai dengan aplikasi yg tersangat basic. Utk guna aplikasi yg kita suka, kena download sendiri dari Android Market atau cari fail installer utk Android biasanya dengan extension '.apk'


Jom tgk spec. dia dulu. Spec. ni nampak baguih tapi pengalaman pakai mengatakan agak lambat jugak la. Sekali lagi, tgk rega laaa... Mau pawer kalu, spend la ribu2... Ni harga murid punya Android. Sendiri mau ingat la...


  • CPU: InfoTM X220 ARM11 1Ghz
  • Display: 10-inch (1024×600 ) LCD
  • RAM: 512MB DDR2 / ROM: 4GB -Note: only 2GB is available for use as half of storage memory is used for O/S, Apps, and GPS.
  • Battery: 6400mah -use up to 4-6 hours!
  • Camera: 1.3M
  • Headphones Connector
  • GPS: HopeRF XN203
  • Wifi: 802.11B/G
  • I\O: 2x USB; 1x RJ45; 1x HDMI; 1x Stylus-slot
  • Vibration
  • Accelerometer
  • Dimension: 269.91mm*170.45mm*14.89mm
  • Buttons: Back, Home, Menu, Volume, Wifi, Reset and Power

*Nota tapak kaki: Spec diatas dicilok dari website lain

Memula sekali lepaih beli benda alah ni, kena upgrade firmware. Baru syok pakai dia. Firmware lama kurang syok. Lepaih upgrade firmware, install la apa2 yg berkenan dari dlm Android Market tu. Memandangkan Android ni serba ke'Google'an, maka perkara wajib ada dlm Android ialah Android Market (utk mendownload aplikasi), GMail, GTalk dan tak dilupakan jugak YouTube for Android, Facebook for Android serta TubeMate utk download video YouTube. Kalau nak membaca dokumen PDF, download Adobe Reader. Sesetengah benda yg disebutkan kat sini dpt automatik lepaih buat firmware upgrade.


Utk peminat game, berlambak kat Android Market tu. Cari dan download sendiri. Yang konpom bole jalan, Angry Bird. Mmg lancar main game nih. Sesekali dia freeze tapi tak kerap la. Stended la tu..... Ninjump agak slow. YooNinja mmg lembab teruih la. Lain2 game aku tak test. Dpt main Angry Bird pon dah memadai. Bukan beli utk main game pon :-D

Utk tgk movie pulak, mmg bole full HD. Yg dah test ialah format MP4, RMVB dan MKV. Flytouch 3 ni bole output video ke TV dgn menggunakan HDMI cable. Yg ni tak test lagi sbb kabel tarak. Tapi bila tgk movie kat dlm skrin 10.2" ni mmg puaih ati la kalau tgk sorang2. Movie lancar tarak sangkut2. Mmg best layan movie kalau kita dlm perjalanan yg jauh asalkan tak memandu la :-D


Satu lagi yg takleh nak test lagi ialah GPS. Cuaca mendung ja 2-3 hari ni. Awan tebai. GPS gagal dpt signal dari satelit. Yg kurang menarik sikit pasai Flytouch 3 ni ialah antena GPS tu external. Antena tu dibagi sekali dengan Flytouch 3 nih. Jadi kena cucuk antena tu kat soket yg ada kat Flytouch 3 dan letakkan antena kat tpt yang terbuka. Kalau dlm umah, letak la tepi tingkap. Kalau dlm keta, letak la ataih dashboard ka... Cuma wayar panjang berjela cam pasang charger la pulak :-P


Penggunaan bateri setakat ni kalau dok browse internet, tgk YouTube & main game, insyaAllah 4 jam tahan. Cuma yg kurang bagus ialah indicator bateri tu tak betoi. Dok penuh 100% memanjang. Paihtu turun mengejut ke tahap yg sepatutnya. Cam la ni, dah pakai sampai 2 jam dok maintain 100%. Paihtu tiba2 bertukar ke 83%. Paihtu maintain lagi dok takat tu sampai la dia rasa2 nak update indicator tu baru dia tunjuk pulak tahap yg sepatutnya :-D Biasalaaa... Produk China :-D :-D :-D Nak murah, padan la dengan rega :-D Kena jaga elok2 dan pandai2 la bajet masa :-D


Untuk masuk ke internet, setakat ni cuma dapat guna WiFi. Flytouch 3 ni ada soket RJ45 yg membolehkan kita pakai kabel utk LAN. Tapi tak best la ada wayar panjang2... Baik pakai PC teruih kalau nak pakai kabel LAN :-D Tapi kalau kita ke pejabat, bole cucuk la kabel ni utk internet yang lebih laju dan stabil. Mengikut spec, Flytouch 3 bole masuk ke internet melalui modem broadband USB. Buat masa sekarang, masih belum sukses masuk internet pakai 3G modem


Kesimpulannya, Flytouch 3 dah cukup bagus untuk melayari internet, membaca dokumen PDF, menonton YouTube dan movie dari format HD serta main game yang ringkas & ringan. Sesuai dengan harga mampu milik, jgn meletakkan harapan terlalu tinggi tapi cukup utk tak menyesal kalau beli :-D


p/s: Blog ni aku update pakai Flytouch 3. Pakai keyboard dia la. Kalau pakai soft keyboard, mmg pensan di meja food court la...

0 comments: