Tuesday, July 19, 2011

Flytouch 3 HDMI output berfungsi dengan baik

Baru teringat kata aku mmg ada HDMI cable yg dpt sekali masa beli kamera aritu. Sekali try cucuk & main mmg jadi daaaa....

Ni masa kat dlm Flytouch 3



Ni pulak selepaih dikeluarkan kat dlm TV. Mmg mabelesssss...



p/s: Mmg bila dikeluarkan kat dlm TV yg kat dlm Flytouch 3 akan ilang

Sunday, July 17, 2011

GPS navigation: Sygic Aura 2.0

Setelah berhempas pulas mencari, download & install, aku mendapati Sygic Aura yang paling senang nak install dan teruih bole pakai kat dlm Flytouch 3 tanpa perlu sebarang modification. Pendek kata, paling straight forward. Antara yang aku dah cuba, CoPilot, Ndrive, Papago (paling suwey dan menyusahkan) dan yang last sekali aku cuba & teruih berjaya ialah Sygic Aura.

Ni ha screenshot. Kompom jln. Tarak masalah. Kecuali kad-dang kad-dang crash tapi selalunya ok. Kad-dang kad-dang dia hang, nak kena power off Flytouch 3 nih. Tapi BIASANYA OK. Jadi, buleh kata berbaloi nak install & pakai la.

Friday, July 1, 2011

Flytouch 3 Complete Setup

Untuk memudahkan semua yang memiliki Flytouch 3, Android 2.2, 10.2" touchscreen, aku share setup kat bawah ni.

1) Install firmware lain. Aku pakai firmware TCH bertarikh 19042011

TCH firmware support 3G modem & Ad-Hoc network. Kebanyakan modem yg dia support ialah model Huawei. Utk details kena cek kat sini www.apad.tv

Firmware ni konpom bole support modem broadband 3G Celcom. USB modem model Huawei yg warna putih tu. Kalau tak salah E175. Takpon E220. Modem lain aku taktau la. Aku ada Celcom ja. WiFi konpom bole masuk. Ad-Hoc network jenis Barnacle yg run kat Sony Experia X8 pon konpom bole masuk. Lain2 aku tak test. Jadi... sila eksperimen sendiri :-D

2) Reset Google Framework. Kalau tak, byk apps tak keluaq bila Search kat Android Market

- Klik Settings > Applications > Manage Applications > All
- Klik Google Services Framework
- Klik Force Stop dan Clear Data
- Cuba run Market. Memula akan keluar error. Biaq sat, paihtu try lagi kalau tak dpt biaq lagi paihtu try lagi. Lama2 akan dpt run Market. Cuba Search apa2 apps yg kita nak. InsyaAllah keluaq

3) Configure 3G Network. WiFi & Ad-Hoc network auto. Bila dia detect tu, klik & masukkan password. Tapi 3G kena configure sendiri.

- Cucuk USB modem kat port USB. Kalau tak, takleh configure
- Klik Settings > Wireless & networks > Mobile networks
- Klik Menu (butang kat atas tu) dan Add APN
- Masukkan benda2 ni utk Celcom 3G. ISP lain cari sendiri la no :-D
- Name: Celcom3G, APN: celcom3g, MCC: 502, MNC: 19, APN type: default
- Klik menu, Save
- Restart Flytouch 3 dlm keadaan modem masih di USB port
- Lepas restart insyaAllah nampak ikon 3G/H/G. Kalau takleh gak, cuba cek balik APN configuration atau cari tpt yg clear sikit.

4) Hidupkan GPS

- Masuk Market, cari GPS Test dan install. GPS Test/GPS Status yg dia bagi sekali dlm firmware tu takleh pakai. Download baru
- Klik Settings > Location & security. Disable/uncheck "Use GPS satellites" & "Use wireless networks"
- Cucuk antenna GPS
- Run GPS Test. Klik Menu > Settings > Clear AGPS dan Back.
- Kat ruangan GPS Status ataih tu, dia kata "GPS off". Klik situ
- Dia akan bukak balik Settings tadi. Klik "Use GPS satellites" dan klik Back. Klik Back tau, jgn Home pulak
- Lepas klik Back tu, kita akan balik semula ke GPS Test. Masa ni kita bole nampak kat ruangan satellite tu ada In View dan In Use
- Biasanya In View tu berbelas2. Tunggu sampai dpt sekurang2nya 2 In Use. Masa ni insyaAllah location kita tepat
- Start Google Maps dan cuba tgk location
- Kalau tak nampak sebijik pon In View, cuba lepak tgh padang ketika awan tiada/kurang. Awan tebal mmg mengganggu signal satellite GPS

Tu saja la yg kritikal pon berkenaan FT3 nih. Yang lain2 tu pepandai la download & install dari Market. Takpon cari kat Google apa2 application yg kita nak. Android app ni pakai extension .apk. Download & double click, dia akan tanya la nak install ker apa ker

GPS dah jalan

Akhirnya... Setelah mencuba berkali2 dan godek macam2, last2 dpt jugak bagi GPS ni idup. Ada trick dia rupanya... Kalau hangpa beli model Flytouch 3 cam aku ni, cuba ikut langkah ni kot2 mujarab. Kalau tak menjadi, kena la eksperimen sendiri sampai jadi :-D

1) Install GPS Test dari Android Market. Yg dia bagi sekali tu takleh pakai.
2) Masuk kat Settings, DISABLE "Use GPS Satellites"
3) Run GPS Test, klik menu, klik "Clear AGPS"
4) Kat dlm GPS Test, klik indicator GPS yg ada tulis "GPS Off"
5) Dia akan bawak masuk ke Settings. Klik "Use GPS Satellites"
6) Klik Back dan GPS akan jln






Bole guna Google Maps utk navigation. Kalau takmau, bole install Papago, CoPilot atau NDrive

Thursday, June 23, 2011

Flytouch 3 dah bole connect ke 3G

Alhamdulillah... Berjaya jugak akhirnya. Rupa2nya firmware nih disable 3G. Taktau la apa sebabnya. Jadi kena enable semula.

Run GScript Lite, paihtu klik '3G Telephone apps On-Off'. Dia akan prompt mintak permission, klik Ok saja. Paihtu dia akan enable 3G dan kena restart Flytouch 3. Lepaih restart, klik Setting > Wireless & networks > Mobile networks > Access Point Names

klik Menu dan pilih New APN. Utk Celcom 3G Broadband, masukkan info berikut
  • Name: Celcom3G
  • APN: celcom3g
  • MCC: 502
  • MNC: 19
Paihtu klik Menu dan klik Save. Restart Flytouch 3 semula. Paihtu cucuk la 3G modem tu kat port USB dan Flytouch 3 akan teruih connect ke Celcom 3G. Ni utk Celcom la sbb aku pakai Celcom. Utk yang lain2 tu, pepandai la hangpa cek sendiri.

Wednesday, June 22, 2011

Permainan baru :-D


Demam iPad pulak... Dulu gila Netbook. Bersempena dengan Sang Puteri Manja dah mencecah 2 tahun dan dah pandai main touch screen kat Android phone Abuya & Umi, maka Abuya pon buat keputusan utk "melastik 2 ekor burung dgn sebijik batu" :-D

Kalau dibagi main Android phone utk tgk video pendidikan budak2, silap2 tekan dia ter'call' atau ter'sms' org. Penyudahnya, Abuya beli seketoi tablet yg sesuai utk kegunaan reja & membolehkan Puteri Manja main sambil belajar tanpa risau kalau2 dia 'call' atau 'sms' org.

Inilah bendanya, Flytouch 3 dengan Android 2.2. Beli kat Lelong.com.my. Spec dia baguih jugak untuk sebijik Android tablet China. Mmg la takleh lawan iPad yg mahai tu. Tgk rega la. Tapi dengan RM600 termasuk keyboard, benda alah ni dah cukup baguih untuk kegunaan biasa di internet. Tapi, ada trick dia.... Benda alah ni mai dengan aplikasi yg tersangat basic. Utk guna aplikasi yg kita suka, kena download sendiri dari Android Market atau cari fail installer utk Android biasanya dengan extension '.apk'


Jom tgk spec. dia dulu. Spec. ni nampak baguih tapi pengalaman pakai mengatakan agak lambat jugak la. Sekali lagi, tgk rega laaa... Mau pawer kalu, spend la ribu2... Ni harga murid punya Android. Sendiri mau ingat la...


  • CPU: InfoTM X220 ARM11 1Ghz
  • Display: 10-inch (1024×600 ) LCD
  • RAM: 512MB DDR2 / ROM: 4GB -Note: only 2GB is available for use as half of storage memory is used for O/S, Apps, and GPS.
  • Battery: 6400mah -use up to 4-6 hours!
  • Camera: 1.3M
  • Headphones Connector
  • GPS: HopeRF XN203
  • Wifi: 802.11B/G
  • I\O: 2x USB; 1x RJ45; 1x HDMI; 1x Stylus-slot
  • Vibration
  • Accelerometer
  • Dimension: 269.91mm*170.45mm*14.89mm
  • Buttons: Back, Home, Menu, Volume, Wifi, Reset and Power

*Nota tapak kaki: Spec diatas dicilok dari website lain

Memula sekali lepaih beli benda alah ni, kena upgrade firmware. Baru syok pakai dia. Firmware lama kurang syok. Lepaih upgrade firmware, install la apa2 yg berkenan dari dlm Android Market tu. Memandangkan Android ni serba ke'Google'an, maka perkara wajib ada dlm Android ialah Android Market (utk mendownload aplikasi), GMail, GTalk dan tak dilupakan jugak YouTube for Android, Facebook for Android serta TubeMate utk download video YouTube. Kalau nak membaca dokumen PDF, download Adobe Reader. Sesetengah benda yg disebutkan kat sini dpt automatik lepaih buat firmware upgrade.


Utk peminat game, berlambak kat Android Market tu. Cari dan download sendiri. Yang konpom bole jalan, Angry Bird. Mmg lancar main game nih. Sesekali dia freeze tapi tak kerap la. Stended la tu..... Ninjump agak slow. YooNinja mmg lembab teruih la. Lain2 game aku tak test. Dpt main Angry Bird pon dah memadai. Bukan beli utk main game pon :-D

Utk tgk movie pulak, mmg bole full HD. Yg dah test ialah format MP4, RMVB dan MKV. Flytouch 3 ni bole output video ke TV dgn menggunakan HDMI cable. Yg ni tak test lagi sbb kabel tarak. Tapi bila tgk movie kat dlm skrin 10.2" ni mmg puaih ati la kalau tgk sorang2. Movie lancar tarak sangkut2. Mmg best layan movie kalau kita dlm perjalanan yg jauh asalkan tak memandu la :-D


Satu lagi yg takleh nak test lagi ialah GPS. Cuaca mendung ja 2-3 hari ni. Awan tebai. GPS gagal dpt signal dari satelit. Yg kurang menarik sikit pasai Flytouch 3 ni ialah antena GPS tu external. Antena tu dibagi sekali dengan Flytouch 3 nih. Jadi kena cucuk antena tu kat soket yg ada kat Flytouch 3 dan letakkan antena kat tpt yang terbuka. Kalau dlm umah, letak la tepi tingkap. Kalau dlm keta, letak la ataih dashboard ka... Cuma wayar panjang berjela cam pasang charger la pulak :-P


Penggunaan bateri setakat ni kalau dok browse internet, tgk YouTube & main game, insyaAllah 4 jam tahan. Cuma yg kurang bagus ialah indicator bateri tu tak betoi. Dok penuh 100% memanjang. Paihtu turun mengejut ke tahap yg sepatutnya. Cam la ni, dah pakai sampai 2 jam dok maintain 100%. Paihtu tiba2 bertukar ke 83%. Paihtu maintain lagi dok takat tu sampai la dia rasa2 nak update indicator tu baru dia tunjuk pulak tahap yg sepatutnya :-D Biasalaaa... Produk China :-D :-D :-D Nak murah, padan la dengan rega :-D Kena jaga elok2 dan pandai2 la bajet masa :-D


Untuk masuk ke internet, setakat ni cuma dapat guna WiFi. Flytouch 3 ni ada soket RJ45 yg membolehkan kita pakai kabel utk LAN. Tapi tak best la ada wayar panjang2... Baik pakai PC teruih kalau nak pakai kabel LAN :-D Tapi kalau kita ke pejabat, bole cucuk la kabel ni utk internet yang lebih laju dan stabil. Mengikut spec, Flytouch 3 bole masuk ke internet melalui modem broadband USB. Buat masa sekarang, masih belum sukses masuk internet pakai 3G modem


Kesimpulannya, Flytouch 3 dah cukup bagus untuk melayari internet, membaca dokumen PDF, menonton YouTube dan movie dari format HD serta main game yang ringkas & ringan. Sesuai dengan harga mampu milik, jgn meletakkan harapan terlalu tinggi tapi cukup utk tak menyesal kalau beli :-D


p/s: Blog ni aku update pakai Flytouch 3. Pakai keyboard dia la. Kalau pakai soft keyboard, mmg pensan di meja food court la...

Thursday, July 2, 2009

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


Benarlah Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Pada 2 Jun 2009, Allah mendatangkan suatu bukti yang menyatakan kekuasaanNya kepadaku dengan anugerah yang tak mungkin dapat kubeli, takkan jumpa kucari dan tak bisa kutukar ganti.

Puteriku dilahirkan 3 minggu lebih awal dari tarikh yang dijadualkan. Dengan berat cuma 1.32kg, dia terpaksa ditahan di wad NICU Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Hari ini, genap sebulan kelahiran puteriku dan beratnya telah mencecah 1.7kg. Tapi dia masih di NICU sebab belum cukup berat. Doktor kata, 1.8kg baru bole keluar. Lagi 100g ja... Mudah-mudahan, InsyaAllah, minggu depan buleh la balik ke 'istana' :)


Ujian Allah dianugerahkan kepada hamba-hambaNya yang disayangi dan dicintaiNya.

4 Mei 2009, bawak bini aku pi regular checking kat klinik kesihatan Sg. Buloh. Dengan tak semena-mena isteri aku disahkan terkena tekanan darah tinggi . Semasa tu, kandungan berusia 32 minggu. Yg herannya, sebaik saja doktor kat klinik mengesahkan kena darah tingg, terus dia suruh bini aku pi sepital, cari dewan bersalin. Surat rujukan siap disediakan.

Loh... nak buat apa pi dewan bersalin? Lambat lagi ni... Patutnya bersalin 25/6. Ni baru 4/5. Tak lama lepaih tu, bini aku dah kena bersedia utk sebarang kemungkinan nak kena bersalin. Musykil....

Aku yang kegelisahan macam kucing ilang anak mula bertanya sana-sini. Tanya Pak-Wan (member doktor kat HKL), tanya sedara-mara, tanya kengkawan... Last sekali nurse kat kaunter dewan bersalin cakap "Isteri encik kena bersedia kalau2 terpaksa bersalin awal sbb dia kena darah tinggi. Worst case, terpaksa pilih salah satu"

TUP! Rasa cam jantung aku berhenti berdegup. Serta-merta ingatan aku terarah kepada Allah semata-mata. Aku mula berdoa tanpa henti. Berdoa dan terus berdoa. Aku tahu dalam keadaan apa sekalipun, semua urusan adalah dalam pentadbiranNya.

Maka aku memohon agar dia tabahkan aku dan tabahkan isteriku. Aku memohon supaya aku dan isteriku dapat menempuh ujian ini dengan redha. Aku memohon semoga anak dan isteriku diselamatkan.

SubhanAllah - Ya Sami'un, Ya Ba'sirun, Innaka anta as-sami'ud-du-'a

Keadaan tekanan darah isteriku berjaya distabilkan. Dengan izinNya, para doktor dan jururawat berjaya melakukan yang terbaik untuk isteriku. Tgh mlm tu aku tanya misi kat kaunter, dia cakap "Encik balik tidoq ja laaa... Tunggu pon takleh buat apa kat sini. Balik la rehat. Nanti kalau ada apa2, kami telefon"

Maka aku pon balik la tidoq.... Keesokannya aku pi lagi ke dewan bersalin. BINI AKU HILANG!!!

"Encik, isteri encik dah dihantar ke wad utk monitor tekanan darah dia".

Ingatkan dah bersalin. Rupa-rupanya belum lagi. Alhamdulilah :) Maka jadilah aku pengunjung Hospital Sg. Buloh selama seminggu. Disebabkan tekanan darah dah stabil, maka dia dpt la keluaq wad...

Allah! Allah! Allah!

Lepaih keluaq wad, doktor terus suruh buat regular check kat klinik pakar Hospital Sg. Buloh. Jadi, dah tak pi klinik kesihatan Sg. Buloh dah la. Check punya check, doktor kata "Anak you tak membesar. Dah berapa lama dah you pregnant? Betul ka you punya tarikh?"

Kendian check lagi (minggu ke-35), doktor kata "Confirm tak membesar. Saya akan tukar tarikh. You kena bersalin 10 Jun ". Gembira berbaur kerisauan. Aku berdoa dan terus berdoa.

Kendian regular check lagi pada 2 Jun (minggu ke-36). Doktor kata "Kita takleh amek risiko. Uri terlampau kecil. You kena darah tinggi aritu dan masih tinggi lagi sekarang. Baby you tak dpt darah/makanan. Kita kena bagi you bersalin arini gak. Kena operate"

DUP! Terkedu lagi aku. Teringat kata-kata nurse kat dewan bersalin aritu. Maka aku ulangi doa yang sama. Semoga aku dan isteriku tabah melalui ujian ini. Mudah-mudahan kami menjadi hambaNya yang redha dan diredhai olehNya. Mudah-mudahan segalanya selamat.

Aku tanya doktor "Tak bole bersalin normal ker doktor?". Doktor pon cakap "Tak bole. Uri terlampau kecil. Takut ada masalah semasa bersalin nanti. Kita kena operate jugak"

Allah as-'Somad! Allah as-'Somad! Allah as-'Somad!

Bini aku dihantar ke dewan bersalin sekali lagi. Aku dah jadi cam kucing ilang anak lagi. Cuma aku masih punya arah tujuan. Kaunter pengaduan senantiasa terbuka. Maka aku adukan permasalahan ini hanya padaNya Yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Dialah yang memaqbulkan segala doa.

Zohor dah masuk. Aku nak pi makan sat, pehtu semayang, pehtu sambung jadi penunggu dewan bersalin. Tgh2 makan, boss aku tepon "Weih, ngko kat mana? Sepital tepon aku cakap bini ngko dah masuk dewan bedah"

Dengar tak dengar jer apa boss aku cakap tu. Rupa2nya signal Maxis kat dalam kafe sepital tu cam biskut. Patutla pihak sepital tepon aku tak dapat. Alhamdulillah, pandai jugak depa tepon opis.

Aku tanya sekuriti sepital kat mana dewan bedah. Paihtu aku jadi penunggu kat situ lak....

Tunggu....

Aku tunggu....

Dan terus menunggu...

Sreett... sreett...sreettt... Ada nurse sorong incubator masuk situ. Tgk kiri kanan, takde org lain yg menunggu kat dewan bedah. Aku sorang jer terpacak kat situ. Jadi... incubator tu utk anak aku ker?

Dia masuk dlm dan aku terus menunggu.... Sepatah pon aku tak tanya sbb takut ganggu reja dia.

Alhamdulillah!!! Allahuakbar!!!

Sreettt... sreettt... srreeetttt... Nurse tu keluar lagi sambil menyorong incubator. Kali ni, incubator tu tak kosong. Akuarium manusia itu sudah berisi.

"Kak, ini anak Fathia Firhat ker?"

"Ha'ah"

"Bole saya tgk?"

"Pegi ke wad NICU. Saya takleh lama2 kat sini. Encik bole pegi tgk anak kat sana. Isteri encik pon takleh keluar dewan bedah lagi. Mungkin lagi 40 minit baru dia dihantar ke wad"

ZAAASSSSS!!!!!

Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!!! Alhamdulillah!!!

Aku sampai kat NICU. Cari doktor, cari nurse, fikirku hanya satu, "Dimana anakku". Time tu kalau seluar aku terlondeh atau selipar lain sebelah pon aku dah tak perasan lagi dah.

Doktor cakap kat aku "Anak you ok. Dia sihat. Jantung dia kuat, paru-paru dia kuat. Dia bole bernafas sendiri. Kita tak perlu pasang apa-apa alat bantuan pernafasan. Tapi dia kecil, 1.32kg saja. Jadi, kita tak benarkan dia balik. Kita akan jaga dia kat sini. Bila berat dia dah 1.8kg baru bole balik."

Pastu dia sambung lagi "Ini anak you, you bole tgk kat sini. Wife you belum keluar dewan bedah. Mungkin dlm masa 40 minit lagi dia keluarlah"

Pertama sekali yg aku nak buat, azan & iqamah. Aku menghampiri kotak anakku. Saiznya sebesar anak patung mainan. Bayangkanler... sepeket gula seberat 1kg. Anakku 1.32kg. Berat sikit jer dari gula sepeket. Aku hanya mampu tgk dan sentuh dia. Tak berani nak angkat.

Badanku dibongkokkan dan dirapatkan ke kotak. Kepalaku didekatkan dengan telinga kanannya. Dan azan dilaungkan perlahan-lahan... halus... masuk ketelinganya.

Tetiba "Encik dah tau jantina anak ker?"

issskkkk... potong stim ler nurse nih. Tapi... comel gak nurse tu hehe

"Belum". Tapi, aku agak pompuan la sbb masa scan aritu doktor kata pompuan. Yer la kot... pompuan la kot...

Nurse tu bukak pampers anak aku kasi tgk jantina. Aku angguk jer dan ucapkan terima kasih. Pastu aku iqamah pulak di telinga kiri dia.

Pengunjung tegar Hospital Sg. Buloh

Sejak hari itu, tiap2 hari aku kesana. Tgk anak, tgk bini. Tgk bini, tgk anak. Bila bini aku dah kuat sikit, aku bawak dia pi tgk anak. Naik kerusi roda ler. Bini aku dok wad seminggu gak la. Pihak sepital nak pastikan yg tekanan darah bini aku stabil sblm dibenarkan keluaq wad.

Nampaknya, kami akan terus menjadi pengunjung Hospital Sg. Buloh sampailah anak kami mencecah 1.8kg. Bila tu? Ntah.... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Semuanya ada dalam perancanganNya yang sempurna.

Aku, anak biniku dan Dia

Mak aku menerima dua cucu baru serentak. Adik ipar aku bersalin seminggu selepas bini aku bersalin. Maka mak aku takleh mai temankan kami.

Mak mertua aku lak, cuma bole mai melawat bini aku kat wad. Paihtu kena balik kampong sebab adik ipar aku masih bersekolah.

Jadi... tinggallah kami bersama Dia. Sendiri. Tiada berteman. Hanya Dia yang menemani kerana Dia telah berjanji bahawa Dia dekat dengan hambaNya, lebih dekat dari urat leher hambaNya sendiri. Dan Dia tidak akan memungkiri janji.

Maka Dia telah memerintahkan saudaraku yang terdekat untuk menemani kami. Maka tinggallah saudaraku itu bersama kami selama 2 minggu. Kira-kira sebaik saja bini aku bole menguruskan diri sendiri, maka saudaraku itu telah diperintahkanNya untuk pulang.

Innaka 'Ala Kulli Syai-in Qadir

Seminggu bini aku dalam wad. Dua minggu di rumah ditemani saudara kami. Sebaik saja saudara kami balik, kami pon pi menjenguk anak kat wad. Nurse cakap "Nak dok sini tak? Bole jaga anak. Kalau hari-hari susukan anak, anak cepat besar. Dah ada katil kosong kat dalam tu"

SubhanAllah!!! Segala2nya telah diatur dengan sempurna. Teliti. Lengkap. Tiada cacat cela. Maha Suci Allah Dengan Segala KebesaranNya!!!

Maka bini aku pon dok dalam wad menemankan anak aku setiap masa dan ketika. Sampailah ke hari ini, berat anakku dah mencecah 1.7kg dlm masa 4 minggu. Doktor dan nurse pon tumpang gembira. Apatah lagi kami, super gembira. Dan aku, aku taktau nak kata apa... ucapan Alhamdulillah dirasakan terlampau sedikit untuk suatu anugerah yang amat hebat dariNya

Bini aku pulak, sebaik saja dpt melepak kat umah, dia buat sesuatu utk anak dia. Inilah hasilnya.





Nur 'Aisy Haura'

Begitulah sang puteri diberi nama. Cahaya Kegembiraan/Kesenangan Bidadari maksud kata. Adapun Bidadari adalah erti yang singkat bagi Haura'. Perempuan berkulit cerah bermata hitam adalah maksud panjang lebarnya.

Aku panggil Nur 'Aisy :) Dia sgt comel :) Secomel maknyer :)




"Engkaulah anugerah Allah yang tak mungkin dapat kubeli, takkan jumpa kucari dan tak bisa kutukar ganti.


Dengan aku dan ibumu jasadmu dijadikan. Dari Lauh Al-Mahfuz ruhmu ditiupkan. Maka sujudlah kamu hai puteriku kepada Allah yang menciptakan.


Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Dia telah memaqbulkan doaku."